Saturday 22 October 2011

Tajuk 1

Tajuk 1
 Tulis satu cerita berdasarkan peribahasa Sudah dapat gading bertuah,Tanduk  tidak berguna lagi”.
Intan dan Ros merupakan dua orang sahabat karib. Mereka belajar dalam kelas yang sama. Rumah mereka juga berdekatan  antara satu sama lain. Setiap hari, mereka akan belajar dan bermain bersama-sama.
            Pada suatu hari, Cikgu Aminah memperkenalkan seorang pelajar baru kepada murid- muridnya. Namanya Maria ,Maria cantik, bijak dan orang berada . Rosa mula berminat untuk  berkenalan dengan Maria .Pada waktu rehat, Ros telah berkenalan dengan Maria di kantin.
            Semenjak hari itu, Ros dan Maria  menjadi kawan rapat. Mereka sering belajar bersama-sama. Ros amat menyukai Maria, lebih- lebih lagi kerana Maria sering membelikannya makanan pada waktu rehat. Hubungan Intan dan Ros pula menjadi semakin renggang.
            Ros tidak lagi belajar dan bermain –main dengan Intan. Intan pernah mengajak Ros belajar bersama- sama tetapi Ros menolak . Intan berasa sangat kecil hati dan berkata, “ dulu kita sering belajar bersama-sama”. “Dulu lain, sekarang lain”, balas Ros. Intan berasa amat kecewa dengan perubahan sikap Ros.
            Intan menyedari yang Ros bersikap begitu kerana “Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi,’ Namun begitu, Intan bersyukur kerana telah mengetahui perangai sebenar rakannya itu. Dia berharap rakan-rakannya yang lain tidak bersikap seperti Ros.

No comments:

Post a Comment